Perkhidmatan Stesen Gaomidianbei

Pelan stesen

GAras JalanPintu masuk/keluar A-D, hentian bas dan teksi
B1Aras LegarPusat khidmat pelanggan, mesin tiket, pagar tambang, tandas, kiosk mesin juruwang automatik (ATM), mesin layan diri, pondok bit polis
B2Platform
Arah Utara
 Daxing  menuju ke Anheqiaobei (Laluan 4) (Xihongmen)
Platform pulau, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan
Platform
Arah Selatan
 Daxing  menuju ke Tiangongyuan (Gaomidiannan)

Dalaman stesen

Aras legar stesen Gaomidianbei terletak di aras bawah tanah, di simpang tiga Jalan Xinning, Jalan Xinghua dan Jalan Xiangyuan. Bahagian aras legar di utara menyediakan akses ke pintu keluar A, B1 dan B2 manakala bahagian aras legar di selatan, terdapat akses ke pintu keluar D sahaja. Mesin tiket layan diri disediakan di bahagian utara dan selatan aras legar stesen manakala pusat perkhidmatan pelanggan berpusat di tengah-tengah aras legar. Bagi keselamatan pengguna, terdapat bilik kawalan stesen dan pondok bit polis yang terletak di aras legar utara berdekatan dengan pintu keluar A, B1 dan B2. Stesen Gaomidianbei juga dilengkapi dengan kemudahan tandas, mesin layan diri makanan dan minuman, kaunter mesin juruwang automatik (ATM) seperti ICBC, dan PSBC, dan peralatan panggilan kecemasan di bilik kawalan.[5]

Stesen Gaomidianbei mempunyai dua platform untuk perkhidmatan Laluan Daxing dalam Sistem Kereta Api Bawah Tanah Beijing yang menuju ke terminus Anheqiaobei dan Tiangongyuan, dengan susunan platform tengah.[5]

Pintu capaian

Empat pintu stesen yang dibina di stesen Gaomidianbei, pintu A, B1, B2 dan D. Pintu A mempunyai landasan landai yang sesuai untuk orang kurang upaya (OKU).[3][5]

PintuLokasiDestinasi berdekatanKemudahanGambar
AJalan Xinning
(新宁街)
Rumah Agam Jasmine, Taman Ekologikal XihongmenLif untuk OKU
B1Jalan Xinning
(新宁街)
Yuhuayuan Erli, Yuhuayuan Yili, Jalan Xingfeng
B2Jalan Xinning
(新宁街)
Vissen International Center, Tadika Daerah Daxing Beijing No. 7
DJalan Xiangyuan
(香园路)
Jalan Xinghua, Jalan Xinghe, Bangunan China Unicom

Sambungan

Apabila stesen Gaomidianbei dibuka, ia disambungkan dengan beberapa laluan bas:[5]

  • Beijing Public Transport Group: 631
  • Beijing Bafangda Passenger Transport: 937
  • Daxing Bus: 兴12, 兴34, 兴53, 兴66, 兴82